Skip to main content

TERIMA MENGADAP DELEGASI KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Admin
Disember 03, 2025

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Kementerian Pertahanan Malaysia yang diketuai oleh YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan dan delegasi Protocol Capital Group (PCG) yang diketuai oleh Robert Jungsoo Ryu, Ketua Pegawai Eksekutif PCG pada hari ini, 3 Disember 2025.

Hadir sama adalah Laksamana Tan Sri Dato’ Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kolonel Lee Seongkyun, Atase Pertahanan dari Kedutaan Besar Republik Korea di Malaysia dan Richard Yun, Penasihat kepada Pengerusi Protocol Capital Group.

Turut hadir adalah delegasi dari HD Hyundai Heavy Industries (HHI) yang diketuai oleh Park Yong Yeol, Naib Presiden Eksekutif Kanan HHI. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.