Skip to main content

TERIMA MENGADAP DELEGASI PROFESOR DARI UNIVERSITI OXFORD, UNITED KINGDOM

Admin
Februari 09, 2026

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi profesor dari Universiti Oxford, United Kingdom pada hari ini, 9 Februari 2026.

Dalam pertemuan tersebut, DYAM Pemangku Sultan Johor turut menzahirkan rasa amat berpuas hati apabila jalinan kerjasama strategik bersama Universiti Oxford berjaya melatih para penjawat awam negeri.

Selaras dengan pendekatan yang telah diterapkan sebelum ini, Baginda menegaskan bahawa fokus utama pentadbiran negeri adalah terhadap aspek pendidikan, bukan sahaja untuk anak-anak Johor malah turut merangkumi para pegawai dan penjawat awam Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.