Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi UMW Toyota Motor yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ravindran K pada hari ini, 25 Julai 2025.
UMW Toyota Motor telah menandatangani perjanjian bersama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sebagai Rakan Mobiliti Rasmi, di mana logo Toyota dipaparkan dengan jelas pada jersi bola sepak JDT bagi musim 2025-26. Luaskan Kuasamu Johor.