Skip to main content

TERIMA MENGADAP DELEGASI UNICEF DAN JOHOR

Admin
September 27, 2022

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismal Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda terima mengadap YB Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor serta delegasi UNICEF yang diketuai oleh Marc Vergara, Ketua Perhubungan dan Advokasi Awam dan Saskia Blume Ketua Perlindungan Kanak-Kanak di Royal Johor Polo Club pada 27 September 2022.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah YB Dato’ Amir Nasruddin, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Tuan Mohamad Bin Hapil, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Puan Muzairiah Bajuri, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Puan Normawarni Binti Mahat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak & Komuniti dan Puan Nurul Naqiah Binti Haji Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.