Skip to main content

TERIMA MENGADAP DELEGASI UNIVERSITI HARVARD

Admin
Jun 16, 2026

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Universiti Harvard yang diketuai oleh Dr. Dominic Mao, Penolong Pengarah, Pengajian Prasiswazah, Pensyarah Biologi Molekul dan Sel serta Dr. Andrea Wright, Penolong Dekan Kolej Harvard, Pensyarah Antropologi pada hari ini, 16 Jun 2026.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah kaedah serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan lagi taraf dan mutu pendidikan di negeri Johor, khususnya dalam usaha memperkasa pembangunan pendidikan anak-anak muda.

Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.