Skip to main content

TERIMA MENGADAP KONSUL JENERAL SINGAPURA DI JOHOR

Admin
Mac 08, 2024

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor terima mengadap Encik Jeevan Singh, Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru bersama isterinya, Dr Sima Aghazadeh pada hari ini, 8 Mac 2024.

Pertemuan ini adalah sebagai menghargai jasa Encik Jeevan Singh sepanjang lebih empat tahun perkhidmatan beliau di negeri Johor yang banyak membantu mengeratkan lagi hubungan antara Johor dan Singapura. Encik Jeevan Singh akan kembali ke Singapura dan jawatan Konsul Jeneral akan disandang oleh pengganti beliau. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.