TERIMA MENGADAP MENTERI BELIA DAN SUKAN SERTA EXCO BELIA DAN SUKAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI NEGERI JOHOR
By Admin
Ogos 06, 2025
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan dan YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor pada hari ini, 6 Ogos 2025.
Antara topik yang dibincangkan termasuk hal ehwal pembangunan belia dan sukan di Johor dan Malaysia yang merangkumi aktiviti-aktiviti belia, had umur belia di bawah Akta A1602, status pertubuhan belia di Johor, musim bola sepak Malaysia yang akan bermula hujung minggu ini, penyertaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dalam kejohanan peringkat Asia dan Asia Tenggara, serta perkembangan terkini pasukan kebangsaan Malaysia. Allah Peliharakan Sultan.


