TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR
By Admin
November 03, 2026
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 3 November 2026.
Hadir sama adalah YB Tuan Haji Md Israk Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor dan delegasi dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti. Allah Peliharakan Sultan.




