TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
By Admin
Januari 06, 2026
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan YDH CP Datuk Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor pada hari ini, 6 Januari 2026.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara berkaitan pentadbiran kerajaan, ekonomi, pendidikan, infrastruktur serta keselamatan negeri disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.




