TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR DAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI JOHOR
By Admin
Julai 22, 2025
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor pada hari ini, 22 Julai 2025.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting telah dibincangkan. DYAM Pemangku Sultan Johor turut memberikan titah amanat penting Baginda supaya menyelesaikan segala isu yang tertangguh khususnya yang melibatkan ekonomi negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.


