TERIMA MENGADAP PANGLIMA 21 GERUP GERAK KHAS
By Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Shuhaimi Mat Wajab , Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Brigedier Jeneral Zulhelmi Masdar, Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) dan YDH CP Datuk Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Negeri Johor pada hari ini, 25 November 2025.
Pertemuan itu bagi membincangkan berkaitan pelaksanaan program Latih Amal Ex Railguard 2025 yang melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan pergerakan aset-aset kenderaan agensi keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman ketenteraman awam.
Hadir sama adalah Encik Mohd Hairul Anuar Bohro, Pengarah Keselamatan Negeri Johor dan En Salim Misdi, Pengurus Wilayah Selatan, Jabatan Kawalan Operasi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Johor. Allah Peliharakan Sultan.


