Skip to main content

TERIMA MENGADAP PENGERUSI PERSATUAN SEPAK BOLA SELURUH INDONESIA; PEMILIK KELAB PERSIB BANDUNG DAN PEMILIK KELAB VALENCIA CF

Admin
November 13, 2024

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Erick Thohir, Pengerusi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia; Glenn Sugita, pemilik kelab Persib Bandung dan Peter Lim, pemilik kelab Valencia CF di Singapura pada 12 November 2024.

Pertemuan tertumpu kepada senario bola sepak serantau, terutamanya perkembangan bola sepak, pengurusan kelab bola sepak dan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap sukan bola sepak di rantau Asia, khasnya di negara-negara ASEAN.

DYAM Tunku Ismail turut memuji Erick Thohir kerana telah memartabatkan pasukan kebangsaan Indonesia dan Baginda yakin bahawa ada masa depan yang menarik untuk bola sepak ASEAN. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.