Skip to main content

TERIMA MENGADAP TAKZIM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI WAKIL RASMI PERDANA MENTERI SINGAPURA

Admin
April 10, 2024

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap takzim sempena Hari Raya Aidilfitri wakil rasmi Perdana Menteri Singapura iaitu Encik Ong Ye Kung, Menteri Kesihatan Singapura dan Encik Chee Hong Tat, Menteri Pengangkutan Singapura di Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 10 April 2024.

Tetamu-tetamu kehormat ini turut diraikan dalam satu majlis santapan bersama DYAM Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.