Skip to main content

TERIMA MENGADAP TAKZIM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI WAKIL-WAKIL RASMI KERAJAAN SINGAPURA

Admin
Mac 21, 2026

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor terima mengadap takzim sempena Hari Raya Aidilfitri wakil-wakil rasmi Kerajaan Singapura di Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 21 Mac 2026.

Hadir pada sesi pertemuan ini adalah His Excellency Desmond Lee, Menteri Pendidikan Republik Singapura dan isteri, His Excellency Masagos Zulkifli, Menteri Pembangunan Sosial & Keluarga Republik Singapura dan isteri serta Konsul General Singapura di Johor Bahru, Encik Ng Kuan Khai dan isteri.

Tetamu-tetamu kehormat ini turut diraikan dalam satu majlis santapan bersama Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.