Skip to main content

TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERHUBUNG PERKEMBANGAN INFRASTRUKTUR JOHOR

Admin
November 12, 2025

Saya amat bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang bakal timbul apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi. Sehingga kini, tiada penyelesaian menyeluruh disediakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik — termasuk pelaksanaan sistem ART bertingkat (elevated ART) atau alternatif pengangkutan lain di kawasan sekitar Bukit Chagar.

Kerajaan Persekutuan memaklumkan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan. Namun begitu, Pulau Pinang mampu memperoleh projek LRT yang jauh lebih mahal berbanding sistem ART.

Saya juga memantau secara rapat perkembangan beberapa projek kesihatan utama di negeri Johor — termasuk Hospital Pasir Gudang yang telah lewat siap, isu-isu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), serta kelewatan projek Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2).

Saya berharap agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan Johor tidak lagi seolah-olah diketepikan.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.