Skip to main content

TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN KUALITI DAN STANDARD PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR (JCS)

Admin
Mei 06, 2025

Tiga Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) baru-baru ini telah menamatkan kursus mereka di Harvard Kennedy School. Ini adalah satu permulaan dan kita mahu lebih ramai pegawai JCS memiliki kelayakan tinggi. Johor akan meneroka pendekatan baharu untuk menyediakan kursus profesional di Johor melalui kerjasama dengan Universiti Harvard.

Kita perlu memastikan bahawa Johor ditadbir oleh pegawai JCS yang mempunyai standard dan kemahiran profesional yang tinggi. Seiring dengan pertumbuhan pesat Johor susulan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kita juga akan meningkatkan kualiti dan standard JCS.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.