TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN SEKOLAH RINTIS JOHOR
By Admin
Pada 13 Februari 2024, saya menitahkan agar Kerajaan Negeri Johor meningkatkan tahap pendidikan anak Bangsa Johor supaya tiada yang keciciran. https://www.astroawani.com/…/tunku-mahkota-ismail-mahu…
Pada 9 Mei 2024, saya juga bertitah bahawa sistem pendidikan negara perlu berubah dengan memperbaharui silibus mata pelajaran yang tidak relevan. https://www.facebook.com/hrhcrownprinceofjohor/posts/976393360509717
Kini, Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bersetuju melancarkan sekolah rintis Johor bermula 2025, melibatkan dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah dengan fokus kepada penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) dan Bahasa Inggeris.
Saya berharap inisiatif ini dan pelbagai pembaharuan lain akan meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak Bangsa Johor untuk menjadi lebih relevan dan berdaya saing. Allah Peliharakan Sultan
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor