TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR TENTANG CARA JOHOR
By Admin
Di Johor atau dengan cara Johor, apabila kita melaksanakan sesuatu kerja, kita tidak perlu membuat bising, menggembar-gemburkannya, memberi harapan palsu dan akhirnya tiada apa yang berlaku.
Cara kita di Johor adalah “tindakan lebih lantang daripada kata-kata”. Kita tidak perlu bercakap banyak, kita terus laksanakan. Kata-kata kita adalah maruah kita. Apabila kita berjanji, kita sanggup berkorban demi menunaikannya. Itulah Johor — hasil yang berbicara.
Selama bertahun-tahun, kita telah membuktikan bahawa setiap perkara yang diumumkan akan dilaksanakan dan direalisasikan. Namun, tidak semua orang memahami cara ini dan kita tidak perlu menyalahkan mereka kerana mereka tidak biasa dengannya.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
