TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR TENTANG PENUKARAN CUTI HUJUNG MINGGU KEPADA SABTU DAN AHAD DI JOHOR
By Admin
Ada beberapa negeri masih kekal bercuti hari Jumaat dan Sabtu. Dalam mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor. Ini seterusnya akan membawa keuntungan kepada negeri dan rakyatnya.
Dengan izin dan restu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, Kerajaan Negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad.
Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
