Skip to main content

TITAH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TENTANG KEADAAN PADANG STADIUM NASIONAL, BANDARAYA SUKAN KUALA LUMPUR

Admin
Oktober 14, 2023

Padang itu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Seperti padang Stadium Sultan Ibrahim. Tetapi national team nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi 2 atau 3 bulan. Kontraktor ini kontraktor yang sama buat padang JDT.

Semalam semasa majlis penyerahan padang saya cakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat. Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok semasa perlawanan.

This is the proven product. Dah terbukti. Tetapi kena jaga betul betul. Tiada beza. Rumput sama, kontraktor sama. Beza dia di SNBJ tak ada TMJ di situ, itu aja. Football Association of Malaysia kalau nak pakai SSI cakap saya siapkan.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.