TITAH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TENTANG KEPIMPINAN SEJATI
By Admin
Anda mempunyai pemimpin-pemimpin hari ini yang sanggup berlakon untuk menjadi popular. Ideanya adalah untuk menjadi seorang yang jujur dan berani bukannya populis. Ramai antara mereka berfikir bahawa menjadi pemimpin itu adalah mengenai penampilan dan kehadiran. Ianya bukan hanya tentang penampilan dan kehadiran, tetapi mengenai berapa ramai rakyat yang anda telah membantu dan memperbaiki kehidupan mereka. Ianya adalah kombinasi antara karakter dan strategi. Ianya tentang melaksanakan visi anda. Ianya tentang kehormatan diri dan integriti.
Itu adalah perbezaan antara saya dengan segelintir daripada mereka. Saya jujur dan terus terang. Saya tidak bercakap kosong. Saya adalah seseorang yang melaksanakan sesuatu dan jika ada masalah atau ancaman, saya berdiri di hadapan rakyat saya tanpa sebarang keraguan. Ianya bukanlah sesuatu yang mulia untuk mempunyai tanda harga pada kepala anda. Saya lebih suka menjadi jujur dan dianggap jahat daripada berpura-pura.