Skip to main content

YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR MEYUMBANG PERALATAN PERUBATAN BERNILAI LEBIH RM28 JUTA UNTUK KEGUNAAN HOSPITAL KERAJAAN

Admin
Mac 05, 2022

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Sumbangan Perkakasan Perubatan oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor dengan kerjasama Yayasan Temasek Singapura.

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan menyampaikan sumbangan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada hari ini (5 Mac). Hadir sama, Pengarah Kesihatan Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu dan Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh.

Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Johor menerima sumbangan peralatan perubatan bernilai lebih RM28 juta untuk membantu usaha berterusan mencegah penularan wabak COVID-19 . Sumbangan itu melibatkan pelbagai peralatan perubatan untuk kegunaan di hospital-hospital kerajaan dalam merawat pesakit.

Kementerian Kesihatan menerima sumbangan sebanyak 400 unit ventilator Non Invasive (BIPAP) bernilai lebih 8 juta, manakala Jabatan Kesihatan Johor menerima pelbagai peralatan perubatan bernilai lebih 10 juta.

Peralatan perubatan yang diterima Jabatan Kesihatan Johor merupakan pelindung muka, pelitup muka KN95, ventilator, mesin dialisis, swabbing mobile dan BIPAP. Beberapa peralatan perubatan lain juga telah disampaikan kepada Jabatan Kesihatan Johor sebelum ini. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.