ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR
By Admin
Ogos 04, 2024
Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Tangkak telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Grisek dan Mukim Bukit Serampang.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Penolong Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.