Skip to main content

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Admin
April 21, 2022

Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar mengadakan lawatan dan ziarah kasih ke Mukim Sungai Raya bagi menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan one-off adalah bagi meringankan beban golongan sasar ini yang dikenalpasti oleh pimpinan masyarakat dan penghulu mukim terdiri daripada keluarga asnaf dan daif, pesakit kronik, B40 yang tiada sumber pendapatan akibat diberhentikan pekerjaan, mangsa bencana dan lain-lain keperluan bagi meringankan beban.

Turut hadir sama Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.