Skip to main content

ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 & 2 BULAN NOVEMBER 2021 KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI MUKIM PLENTONG, MUKIM TEBRAU DAN MUKIM PULAI DAERAH JOHOR BAHRU

Admin
November 11, 2021

Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 & 2 Bulan November 2021 bertempat di Mukim Plentong, Mukim Tebrau dan Mukim Pulai daerah Johor Bahru. Turut mengiringi Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Antara penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah:-

1- Lelaki Warga emas yang uzur

2- Anak OKU yang dijaga dan diurus oleh ibunya

3- Wanita pesakit buah pinggang dan dialisis

4- Pesakit kencing manis kronik yang telah dipotong sebelah kakinya

5- Pesakit lelaki terlantar akibat strok

6- Ibu tunggal yang terpaksa menyara 4 orang anak

7- Bapa terlantar strok dan mempunyai 2 anak OKU

8- Pesakit masalah kaki bengkak kronik dan sukar berjalan.

9- Warga emas wanita terlantar akibat strok dan mempunyai 3 anak OKU

10- Lelaki warga emas terlantar akibat lumpuh satu badan.

11- Lelaki warga emas lumpuh akibat jatuh dan patah tulang pinggul

12- Lelaki warga emas strok sebelah badan dan tidak boleh jalan

13- Wanita warga emas emas sebatang kara yang uzur

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan atas sebab pandemik ini, dan sebagainya untuk meringankan beban dan kesusahan yang ditanggung.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.