Skip to main content

ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI MUKIM PULAI, BANDAR, TEBRAU, PLENTONG, TANJUNG KUPANG DAN JELUTONG DAERAH JOHOR BAHRU

Admin
Ogos 03, 2022

Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru diiringi Yang Dihormati Datin Hajah Ramlah binti Yaacob, Pengerusi PUSPANITA Daerah Johor Bahru, Encik Muhamad Rashdan Bin Rahmat, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) , Pegawai Yayasan MBJB, MBIP, MBPG, Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di sekitar kawasan PBT MBJB, MBIP, MBPG dan mukim-mukim di daerah Johor Bahru.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan, pesakit terlantar dan sebagainya untuk meringankan beban dan kesusahan yang ditanggung.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.