Skip to main content

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MUAR

admin
Mac 14, 2021

Ziarah Kasih YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Bandar 2 bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat berjiwa besar kepada bangsa Johor yang serba kekurangan.

Pegawai Daerah menyantuni tiga orang warga emas iaitu Johari bin hassan OKU Fizikal yang mengalami kesukaran bergerak sejak berusia 24 tahun dan mempunyai masalah kesihatan jantung di Jalan Lama Muar, Govindamah a/p peripayan warga emas yang mempunyai masalah sakit jantung di Taman Sri Terap Sungai Abong dan Loh Paik Chon warga emas yang uzur di Taman Enggang Sungai Abong.

Pegawai Daerah menyerahkan Kurniaan RM1,000 oleh DYAM Tunku Mahkota Johor kepada setiap warga emas tersebut bagi keperluan dikala terjejas akibat pandemik Covid-19.

Kurniaan ini menunjukkan keprihatinan tinggi DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor yang terkesan untuk terus bangkit dalam mendepani pasca Covid19.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Tunku atas kurniaan tersebut.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.