Skip to main content

ZIARAH KURNIAAN KASIH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 1, TAHUN 2021 DAERAH SEGAMAT

admin
Mei 20, 2021

1. Penerima pertama tinggal menyewa bersama isteri dan 4 orang anak yang masih lagi bersekolah. Bekerja sebagai pemandu lori namun berpendapatan tidak tetap. Tinggal di Taman Chaah Baru.

2. Penerima kedua merupakan seorang warga emas yang tinggal seorang diri, namun dijaga oleh saudara yang tinggal berhampiran. Pergerakan yang terbatas (berkerusi roda) kerana kudung sebelah kaki. Tinggal di Kampung Jawa, Chaah.

3. Penerima ketiga adalah seorang warga emas yang tinggal bersama isteri dan seorang anak. Beliau menjalankan perniagaan menjual hasil tanaman kampung secara kecil-kecilan. Beliau menghidap penyakit jantung dan buah pinggang yang membataskan pergerakan harian. Tinggal di Kampung Jawa, Chaah.

Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat.

Sesungguhnya kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini mencerminkan kesungguhan keperihatinan dan kasih sayang DYAM Tunku kepada rakyat negeri Johor khususnya daerah Segamat.

Semoga kurniaan ini dapat meringankan keluarga penerima.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.