Skip to main content

ALHAMDULILLAH, TETAPI KAMI HARUS BEKERJA LEBIH KERAS LAGI DEMI KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT TERJAMIN

admin
Ogos 30, 2021

Hasil mesyuarat pada hari ini :

Saya telah berjumpa dengan YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Haji Mohd Noh Bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam Bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, dan YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor pada hari ini untuk mendapat laporan terkini mengenai isu kekurangan vaksin di PPV Educity, pembatalan temu janji untuk vaksinasi dan program vaksinasi pekerja kilang.

Susulan perjumpaan ini, PPV Educity (dibawah program PIKAS dan dikawal selia oleh MITI) akan mendapat 70 ribu dos vaksin pada hari Khamis ini. Inisiatif Pemimpin Advokasi Covid-19 (IPA-C) juga telah dimulakan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor, JKNJ, dan pemimpin komuniti tempatan untuk melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan, pematuhan SOP dan membantu melaksanakan ujian saringan secara bersasar.

Kerajaan negeri juga telah menyediakan khemah yang lebih besar untuk Covid-19 Temporary Treatment Centre (CTTC) berhadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. JKNJ juga telah memulakan sistem perkhidmatan CAC secara maya (VCAC) bagi membolehkan pesakit mendapatkan perkhidmatan kesihatan di rumah masing-masing.

Adalah hasrat saya perjumpaan ini dapat membuka ruang untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh program vaksinasi di Johor supaya rakyat dapat diberi vaksin secepat mungkin.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.