Skip to main content

ZIARAH KASIH HARI KEBANGSAAN DAN PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 4 BULAN OGOS

admin
Ogos 31, 2021

YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan ziarah kasih ke Mukim Bakri, Sungai Raya, Pagoh dan Lenga dan seterusnya menyantuni beberapa keluarga dan menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik COVID-19.

Turut hadir dalam lawatan Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim, dan Ketua Kampung.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan one off adalah bagi meringankan beban golongan sasar ini yang dikenalpasti oleh pimpinan masyarakat dan penghulu mukim terdiri daripada keluarga asnaf dan dhaif, pesakit kronik, B40 yang tiada sumber pendapatan akibat diberhentikan pekerjaan, mangsa bencana dan lain-lain pemasalahan kemiskinan.

Selain itu, Pegawai Daerah juga menziarahi tiga keluarga OKU dan menyampaikan bantuan tunai RM300 daripada Sahabat Sukarelawan Maharani.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.