Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru pada hari ini, 21 Jun 2024.
Hadir sama adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YB Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah dan YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP DELEGASI KEDUTAAN SEPANYOL DI MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Kedutaan Sepanyol di Malaysia yang diketuai oleh TYT Jose Luis Pardo Cuerdo, Duta Sepanyol ke Malaysia di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 19 Jun 2024.
Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor dan YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru. Allah Peliharakan Sultan.
SOLAT SUNAT AIDILADHA BERSAMA RAKYAT
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru bagi menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat pada hari ini, 17 Jun 2024 bersamaan 10 Zulhijjah 1445H. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Sempena perayaan Aidiladha yang bakal disambut oleh umat Islam, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan semoga ibadah korban dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mendapat keberkatan Allah SWT.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR TENTANG KEJAYAAN JOHOR MEMBASMI KADAR KEMISKINAN
Alhamdulillah🤲🏻. Banyak lagi perkara seperti peluang pekerjaan, program pendidikan, dan infrastruktur negeri kami akan perbaiki. Muafakat itu berkat.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
TERIMA MENGADAP MENTERI PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri pada hari ini, 14 Jun 2024.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.