Skip to main content

TERIMA MENGADAP MENTERI HAL EHWAL LUAR NEGARA SINGAPURA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap His Excellency Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura ketika Johor Super Crown Polo Tournament 2026 sedang berlangsung di Royal Johor Polo Club (RJPC), Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini, 3 September 2026. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS PEMBUKAAN JOHOR SUPER CROWN POLO TOURNAMENT 2026

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke majlis pembukaan Johor Super Crown Polo Tournament 2026 yang berlangsung di Royal Johor Polo Club (RJPC), Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini, 1 September 2026. Turut mengiringi adalah DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan Keluarga DiRaja Johor. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar...

Continue reading

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di mana jua anda berada. Semoga kita terus mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersama-samalah juga kita mendoakan agar Johor sentiasa berada di bawah keberkatan Allah SWT. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

ULANG TAHUN KEPUTERAAN RAJA PERMAISURI AGONG

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda pada 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448H. DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.