Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Daerah Mersing, Johor pada 16 Oktober 2026. Allah Peliharakan Sultan.
ULANG TAHUN KEPUTERAAN RAJA MUDA JOHOR
Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
PERLUMBAAN FORMULA 1 GRAND PRIX SINGAPURA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menyaksikan perlumbaan Formula 1 Grand Prix Singapura malam tadi. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YBhg. Dato’ Sri Abd Halim Aman, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini, 5 Oktober 2026. Hadir sama adalah Datuk Hazrul Shazreen Bin Abd Yazid, Pengarah SPRM Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PANGLIMA MEDAN BARAT TENTERA DARAT
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Leftenan Jeneral Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal, Panglima Medan Barat Tentera Darat pada hari ini, 5 Oktober 2026.
Hadir sama adalah YBhg. Brigedier Jeneral Dato’ Zulhelmi Masdar, Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd). Allah Peliharakan Sultan.