Skip to main content

MAJLIS ISTIADAT PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) berangkat ke Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Askar Timbalan Setia Negeri Johor di Kem Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada 28 Ogos 2023. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS ISTIADAT ZIARAH MAKAM DIRAJA JOHOR SEMPENA HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Istiadat Ziarah Makam Diraja Johor sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar pada 23 Ogos 2023. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

ULANG TAHUN KEPUTERAAN PERMAISURI JOHOR

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor sempena Hari Keputeraan Baginda pada 14 Ogos 2023 bersamaan 27 Muharram 1445H. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN REJIMEN GERAK KHAS KE-58

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor merangkap Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) berangkat ke majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-58 yang diadakan di Kem Iskandar, Mersing pada 12 Ogos 2023. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI BELIA DAN SUKAN

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan di Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 10 Ogos 2023. Pertemuan ini bagi membincangkan perkembangan terkini penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil kurniaan Baginda pada Mac tahun lalu. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

HARI KEBANGSAAN SINGAPORE

Tahniah saya ucapkan kepada sahabat kami, Singapura kerana menyambut Hari Kebangsaan ke-58. Saya sangat menghargai persahabatan Johor dengan Singapura serta berharap Singapura akan terus menikmati keamanan dan kesejahteraan. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.