DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGADAKAN PERTEMUAN PRESIDEN PERSEKUTUAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA (FIFA)
By Admin
Disember 18, 2024
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan Gianni Infantino, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 17 Disember 2024.
Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan ianya juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia. Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi DYAM Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan. Allah Peliharakan Sultan.




