DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF QATAR AIRWAYS
By Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan Badr Mohammed Al-Meer, Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways di Doha, Qatar hari ini.
Hadir sama adalah Tim Cahill, Penasihat Khas kepada DYAM Pemangku Sultan Johor. Pertemuan ini tertumpu kepada menjalin hubungan lebih erat yang boleh memanfaatkan negeri Johor dengan rangkaian penerbangan luas Qatar Airways dan meningkatkan ekonomi Johor.
Baginda berkunjung ke Qatar minggu ini untuk beberapa siri mesyuarat, termasuk bersama individu-individu terkenal dan berjaya dalam dunia bola sepak.
Antara topik perbincangan termasuk pembangunan infrastruktur awam, ekonomi, bola sepak dan perkongsian kepakaran yang boleh memberi manfaat kepada negeri Johor dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Allah Peliharakan Sultan.




