DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP RASMI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI JOHOR
By Admin
Ogos 14, 2025
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menerima mengadap rasmi pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, pada hari ini (14 Ogos).
Dalam majlis tersebut, DYAM Pemangku Sultan Johor turut menyempurnakan penyampaian pingat dan darjah kebesaran kepada Mejar Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab, Panglima 21 Gerup Gerak Khas dan Kolonel Mohd Farid Azwanshah Bin Sahar, Juruiring kepada DYAM Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan.




