MAJLIS ISTIADAT PERBARISAN HARI ULANG TAHUN REJIMEN GERAK KHAS KE-60
By Admin
Ogos 16, 2025
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas ke-60 di Padang Kawad Markas 21 Gerup Gerak Khas (GGK) pada hari ini, 16 Ogos 2025. Allah Peliharakan Sultan.