Skip to main content

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR PERIKSA PADANG HYBRID PERTAMA DI MALAYSIA YANG DIPASANG DI STADIUM LARKIN

Admin
Disember 05, 2023

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga merupakan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memeriksa kerja-kerja pemasangan padang jenis hybrid yang baharu dipasang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

Padang hybrid ini akan menjadi satu-satu yang seumpamanya dalam bola sepak Malaysia. Padang hybrid merupakan teknologi moden yang pada masa ini digunakan di Eropah.

Padang Hybrid di Larkin merupakan campuran rumput tiruan dan empat jenis benih rumput yang diberi nama ‘JDT Blend’. Selepas menganalisa hasilnya, rumput tersebut akan dipasang di kesemua kemudahan fasiliti JDT yang lain, termasuk Stadium Sultan Ibrahim. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.