Skip to main content

YAYASAN SULTANAH FATIMAH HARGAI KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR

Admin
Disember 06, 2023

Yayasan Sultan Fatimah (YSF) menzahirkan penghargaan serta menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong, Pengerusi YSF berkata, YSF kini mula beroperasi di bangunan milik DYAM Tunku Mahkota Johor di Johor Bahru.

“Patik mewakili YSF menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor yang berkenan membenarkan kami beroperasi di bangunan milik Baginda tanpa sewa,” katanya.

Dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada 4 Disember, YSF turut menerima sumbangan dana sebanyak RM100,000 daripada SSB Construction Sdn Bhd.

Sumbangan replika cek diserahkan oleh Pengasas serta Pengarah Urusan SSB Construction Sdn Bhd, Dato’ Ng Sea Bu kepada Dato’ David Wong Khong Soon serta Ahli Lembaga Pengarah YSF, Dato’ Ng Chong Boon.

“Dato’ Ng Sea Bu telah menyumbang secara berterusan dalam membantu rakyat memerlukan sejak dahulu.

“Saya berharap ramai lagi akan mengikuti jejak langkah beliau supaya golongan memerlukan akan dapat bantuan yang secukupnya,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr. Ting Kok Hwa menyumbangkan RM30,000 menerusi syarikatnya, Kum Fatt Engineering Sdn Bhd, beserta sumbangan peribadi sebanyak RM20,000 manakala Loh Hong Fat turut menyumbang sebanyak RM30,000 kepada YSF.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.