ISTIADAT PELANTIKAN YANG BERHORMAT AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN JOHOR
By Admin
Februari 13, 2024
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Istiadat Pelantikan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor yang telah berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 13 Februari 2024.
Dalam istiadat tersebut, ADUN Tanjung Surat, Yang Berhormat Tuan Aznan Tamin telah mengangkat sumpah memegang jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.