Skip to main content

PROJEK BERIMPAK TINGGI DI DAERAH KLUANG — PEMBINAAN LORONG TAMBAHAN LEBUHRAYA UTARA SELATAN

Admin
Februari 15, 2024

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat melawat Projek Berimpak Tinggi Di Daerah Kluang iaitu Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara Selatan pada hari ini, 15 Februari 2024. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

Dalam sesi lawatan tersebut, Baginda diberi taklimat secara terperinci mengenai projek berkenaan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Pembinaan tersebut melibatkan Fasa 1 dari Senai Utara ke Sedenak dan Fasa 2 dari Sedenak ke Simpang Renggam. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.