Skip to main content

ISU BENCANA BANJIR DAN SUKARELAWAN AKAN DIHANTAR UNTUK MEMBANTU MANGSA BANJIR

Admin
Disember 19, 2021

Saya mengambil maklum mengenai bencana banjir yang telah melanda enam negeri. Saya berharap pihak berkuasa memberi pertolongan kepada semua yang terjejas. Tumpuan juga perlu diberi kepada pencegahan banjir dengan segera.

Saya juga telah mengarahkan agar Southern Volunteers bersiap sedia untuk dihantar ke kawasan-kawasan banjir bagi usaha membantu, membersih dan pengagihan sumbangan barangan keperluan. Sama-sama kita doakan untuk keselamatan dan berkat Allah SWT bagi semua mangsa banjir.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.