Skip to main content

MELAWAT DAN BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK MERSING

Admin
Disember 18, 2021

Pada hari ini (18 Disember 2021), saya dan isteri telah berangkat ke daerah Mersing untuk melawat dan beramah mesra dengan para penduduk di sekitar daerah.

Program untuk hari ini bermula di Kampung Air Puteri dengan lawatan ziarah kasih ke rumah warga-warga kampung yang asnaf bagi menghulurkan bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban mereka.

Seterusnya, program disambung dengan persembahan tarian tradisional dan permainan tradisional seperti sumpit, congkak dan dam soksek di Pejabat Majlis Kebudayaan Daerah Mersing. Persembahan diteruskan dengan kugiran, permainan video game (E-sport) serta pertunjukan basikal anak muda tempatan.

Saya turut mengadakan sesi ramah mesra bersama semua ketua-ketua belia daerah Mersing untuk lebih memahami keperluan dan cabaran yang dihadapi mereka. Bagi saya, adalah sangat penting bagi para pemimpin untuk turun padang dan mendekati rakyat.

Terima kasih kepada semua warga Kampung Air Puteri, para ketua-ketua belia daerah Mersing dan Tn Hj Mohd Radzi bin Mohd Amin, Pegawai Daerah Mersing kerana menerima saya dengan mesranya. Semoga Allah SWT berkati anda semua.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.