JDT DAN SHARJAH FC DARI UAE SETUJU UNTUK BERKOLABORASI
By Admin
Februari 01, 2023
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sharjah FC dari Emiriah Arab Bersatu telah bersetuju untuk berkolaborasi selepas kunjungan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap pemilik JDT ke kelab tersebut ketika latihan pramusim Harimau Selatan yang sedang berlangsung di Dubai.
Sharjah FC telah menawarkan JDT untuk menggunakan fasiliti latihan mereka secara percuma. Sharjah FC kini berada di tangga kedua Liga Pro UAE. Luaskan Kuasamu Johor.