JDT & LIFE FITNESS ADAKAN PERBINCANGAN DI DUBAI BERKAITAN KERJASAMA
By Admin
Februari 02, 2023
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah mengadakan perbincangan dengan Life Fitness mengenai kerjasama dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mana akan mempertingkatkan lagi kualiti peralatan gimnasium kelab dan bakal membolehkan perkembangan komersil gimnasium JDT kepada umum.
JDT melihat kepada kepakaran yang ada pada Life Fitness dan jenama barangan gimnasium khusus mereka untuk atlit-atlit elit terutamanya Hammer Strength yang digunakan oleh kebanyakan organisasi-organisasi sukan besar di Amerika. Ini memastikan Harimau Selatan akan terus mempunyai teknologi terkini yang akan memberi manfaat kepada pemain-pemain dari Akademi JDT hingga ke pasukan utama. Luaskan Kuasamu Johor.




