Skip to main content

JDT TELAH BERKOLABORASI DENGAN HID GLOBAL DARI AMERIKA UNTUK SISTEM KEMASUKAN PENYOKONG KE STADIUM SULTAN IBRAHIM

Admin
Februari 03, 2023

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menjalinkan satu kerjasama dengan HID Global bernilai jutaan Ringgit sejurus perbincangan antara DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan syarikat tersebut di Dubai.

HID Global adalah peneraju organisasi pengurusan kawalan akses yang telah terlibat dalam tiga kejohanan Piala Dunia terakhir dan beberapa acara benua di seluruh dunia. Sebagai permulaan, kepakaran yang ada pada HID Global akan digunakan di ‘turnstiles’ untuk kemasukan penyokong ke Stadium Sultan Ibrahim.

Kerjasama ini juga bagi memastikan ‘Home of Southern Tigers’ menjadi venue pertama di Malaysia yang menggunakan sistem yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa ini untuk akses para penyokong.

JDT juga akan dapat memperolehi lebih banyak informasi mengenai corak kemasukan penyokong untuk membolehkan perkhidmatan yang lebih selesa bagi para penyokong dan memberikan data yang berharga buat kelab untuk digunakan dalam membuat keputusan di masa akan datang. Selain itu, sistem ini juga dapat mengelakkan berlakunya pemalsuan atau duplikasi tiket dengan lebih baik. Luaskan Kuasamu Johor.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.