Skip to main content

JEJAK KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 4 BULAN APRIL DI MUKIM SEDILI BESAR, DAERAH KOTA TINGGI

admin
April 29, 2021

Kurniaan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang amat prihatin dan mengambil berat kebajikan dan keadaan kehidupan rakyat diteruskan dalam fasa empat (4) bulan April di Kampung Semayong, Batu 2 Kampung Sentosa dan di Tanjung Sedili, mukim Sedili Besar Kota Tinggi. Penyerahan kurniaan telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil.

Keprihatinan DYAM Tunku Mahkota Johor untuk meringankan beban dan kepayahan yang ditanggung oleh rakyat baginda menjadikan negeri Johor ini amat bertuah memiliki seorang raja yang berjiwa rakyat.

Pegawai Daerah telah menyampaikan kurniaan RM1,000.00 kepada setiap keluarga penerima.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.