PROGRAM ZIARAH SEMPENA PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN APRIL FASA 4 DAERAH JOHOR BAHRU
By admin
1. Penerima pertama yang tinggal di Taman Scientex Mukim Plentong, Pasir Gudang merupakan pesakit ‘Saucerization Of Nape Of Neck Carbuncle’ iaitu bengkak di bahagian belakang kepala dan tengkuk. Pesakit sering berulang alik ke hospital sejak tahun 2017 dan telah beberapa kali menjalani pembedahan. Beliau dan isteri yang tidak bekerja serta bapa mertua tinggal di rumah sewa dengan kadar RM850.00 sebulan dan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Yayasan Penyayang Pasir Gudang sedang dalam proses untuk menyampaikan bantuan.
2. Penerima kedua merupakan seorang warga emas yang telah uzur tinggal di Kampung Melayu Majidee, Mukim Bandar, Johor Bahru. Penama mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350. 00 sebulan iaitu Bantuan Orang Tua. Rumah penama ini berada dalam keadaan uzur dan baru-baru ini telah dilanda ribut yang menyebabkan keseluruhan rumah penama rosak teruk.
3. Penama ketiga merupakan pesakit Kanser Limfoma (Kelenjar) Tahap 4 yang tinggal di Blok G, Bandar Baru UDA, Mukim Bandar, Johor Bahru. Beliau tinggal menumpang di rumah ibu mertua bersama suami dan dua orang anak yang berusia 4 dan 2 tahun.
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan kepada ketiga-tiga penama.
Beliau turut diiringi oleh isteri Datin Hajah Ramlah Binti Yaacob, Pengerusi PUSPANITA Daerah Johor Bahru, Amin Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Yayasan Penyayang Pasir Gudang, Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.
Pegawai Daerah Johor Bahru merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih atas sumbangan kurniaan ini dari DYAM Tunku.
Menjunjung Kasih Tunku.