Skip to main content

JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI FASA 3 BULAN APRIL TAHUN 2021 DAERAH KOTA TINGGI

admin
April 21, 2021

Jejak kasih YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi ke Pulau Tanjung Surat dan Bandar Penawar, Mukim Tanjung Surat bagi menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor yang amat prihatin dalam membela nasib rakyat yang memerlukan.

Kurniaan Fasa 3 bulan April 2021 ini melibatkan tiga (3) orang penerima iaitu; Encik Samat Bin Talib di Kampung Tg. Surat yang menderita penyakit jantung dan asthma serta terpaksa menjaga anak yang menghidapi penyakit kanser usus tahap 3, Puan Halijah Binti Awang di Kampung Linting Utara Tg. Surat berusia 81 tahun yang menghidapi penyakit tua dan masalah kulit serta tinggal bersama anaknya yang berkerja sebagai nelayan dan Encik Zabarudin Bin Hashim yang diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19 menghidapi penyakit jantung dan menyara keluarga di Bandar Penawar Kota Tinggi.

Pegawai Daerah Kota Tinggi menyerahkan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor sebanyak RM1000.00 kepada setiap keluarga penerima untuk meringankan beban yang ditanggung dan kepayahan hidup yang dihadapi.

Semoga kurniaan bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh setiap keluarga penerima dan semoga mereka terus tabah dalam menghadapi cabaran kehidupan masa kini.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan kepada rakyat yang memerlukan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.